Impianku, impian seorang wanita...

Titipan khas buatmu

Ketahuilah.. Mujahid yang ku harapkan..

Aku ingin kau hadir dalam hidupku,
Menjadi imamku tatkala berdiri dihadapanku,
Menjadi temanku tatkala berdampingan denganku,
Menjadi pelindungku tatkala kau berada dibelakangku,

Ya Allah..
Dia yang aku harapkan menjadi imamku,
Mampu membimbing aku ke jalan kebenaran
tatkala aku hampir kelalaian,
Memberi kefahaman kepada ku tatkala aku kekeliruan,
Memperbetulkan aku dari segala kesilapan yg aku lakukan,
Dan
Mampu membina baitul muslim yang aku impikan.
Kerana dialah nakhoda kepada bahtera yang bakal kami bina..
Bersama melayari kehidupan dalam keredhaan-Mu,
Menuju ke syurga yang yang diimpikan oleh semua manusia,
Bukan ke neraka yang penuh dengan azab & siksa..

Ya Allah..
Dia yang ku impikan menjadi temanku,
Hadirnya dia disisiku,
Membantu aku tatkala aku memerlukan bantuannya.
Bersama kami ketawa dan tersenyum ria tatkala aku bergembira,
Mensyukuri segala nikmat kurniaan-Mu,
Bersama kami dalam mengharungi duka dan badai kehidupan yang melanda,
Tabah mengharungi ujian dan dugaan dari-Mu

Ya Allah..
Dia yang ku dambakan menjadi pelindungku,
Juga pelindung dan penegak agama-Mu
Aku impikan seorang mujahid yang soleh..
Yang boleh menbimbing aku & sekalian muslimin & muslimat ke jalan mu,
Memperbetulkan keterpesongan yang telah lama berlaku..
Seorang mujahid yang tak gentar mengegarkan dunia,
Meskipun terpaksa berkorban nyawa,
Gugurnya sebagai seorang syuhada
Demi menegakkan agama mu, Islam yang mulia.
Seorang muslimin yg mampu mengembalikan
Kegemilangan Islam dipersada dunia..
Agar nasib umat Islam kembali terbela..