Perkara yang mengganggu manusia mendekatkan diri kepada Allah.

Hidup didunia ini, sebagai seorang manusia biasa, kita semua tidak akan terhindar daripada perkara-perkara yang mengganggu kita untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. 4 perkara yang mengganggu manusia mendekatkan diri kepada Allah :

1. DUNIA.
Dunia merosakkan ramai orang yang leka dengan kelazatan dan keindahan yang ada padanya. Hari ini ramai orang menjadi tidak normal kerana mengejar keduniaan. Firman Allah didalam surah Al-An’am, ayat ke-32, ”Penghidupan dunia ini hanya permainana dan mainan, sedangkan kehidupan diakhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu mahu memikirkannya.” Meskipun begitu, kehidupan didunia adalah penting kerana ialah yang menentukan buru baiknya kehidupan akhirat itu.

2. HAWA NAFSU.
Hawa nafsu tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Apabila tidak dikawal, hawa nafsu boleh menukar manusia menjadi haiwan yang tidak memahami erti tanggungjawab.

3. MANUSIA.
Manusia juga kadangkala menjadi penghalang kepada manusia lain untuk melakukan kebaikan. Sahabat yang mengajak kepada kejahatan. Guru atau suami yang menyalahgunakan kuasanya akan menghalang kebaikan.

4. SYAITAN.
Sejak manusia pertama, iaitu nabi Adam a.s. diciptakan oleh Allah, syaitan ialah musuh yang terbesar dan paling berbahaya bagi manusia. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat ke-5 “sesungguhnya syaitan bagi manusia adalah musuhmu yang nyata.” Dia telah bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan semua manusia tidak kira siapa mereka.

-Imam al Ghazali-dalam Minhajul Abidin



Semoga kita semua tidak lalai atau leka dari mengingati Allah meskipun berbagai gangguan datang silih berganti.. Gangguan yang hadir adalah sekadar ujian daripada Allah s.w.t. yang bertujuan untuk menguji tahap keimanan hamba-hamba Nya.. Bagi orang-orang yang beriman, perkara keduniaan bukanlah satu penghalang kepada mereka untuk menunaikan kewajipan keagamaan seperti mana firman Allah didalam surah An-Nur, ayat ke-9 yang bermaksud ( Ibadat itu dikerjakan oleh ) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka takut akan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Firman Allah lagi didalam surah Al-Munafiqun, ayat ke-9 yang bermaksud wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh ( urusan ) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah ( dengan menjalankan perintah-Nya ). Dan
( ingatlah ) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.




Semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita agar kita semua selamat didunia dan juga di akhirat kelak.. Amin..